Hairan......
Kadang kadang aku jadi harian dengan perangai orang orang di sekeliling. Bila bercakap mesti ada yang palsu. Bila pencerita yang asal menceritakan cerita yang benar kepada seseorang, tahu tahu sahaja selang beberapa hari bila sampai semula pada pencerita asal, lain pula ceritanya. Cerita yang sama sudah bertambah tambah garam gula ajinomoto dan sebagainyer. Ada juga yang menggunakan nama orang lain untuk menutup kehendak diri sendiri. Ya lah... misal kata i nak go somewhere or buy something but instead of using my name, i kata sipolan tu yang nak pergi or beli. Apa lah salah nyer cakap terus terang, kan dah kira berbohong tu... Yang ada tu segala perbuatan orang ada sahaja yang tidak kena pada matanya. Ada sahaja yang hendak di kutuk. Kenapa lah tak boleh diam jer. Kalau betul orang tu buat silap, bukan tak leh di tegur. Di tegur lah tapi kita mesti lihat dengan siapa kita bercakap. Cara kita menegur pun mesti ada tatatertib nyer... Bukan pakai terjun saja... Kekadang tu, orang tu memang buat silap, silap yang terang dan nyata. Tetapi bila di tegur boleh mendatangkan kemarahan pulak tu. Bukan nak mengaku salah, kita pulak di jadikan musuh. Rimas dibuat nyer... Sometimes tu malas nak berbual banyak banyak. Kita nak kasi ingat apa yang di buat tu salah kita pulak yang dikatakan salah. Betul lah kata orang bijak pandai "Diam tu lebih baik daripada banyak cakap..." Ada masa juga lebih suka lihat dan dengar sahaja, lagi fun.....


No comments:
Post a Comment